Mathematics Is Fun
Sunday 6 November 2011
Contoh Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Harian
Tahun : 1
Masa : 1 jam
Tajuk : Bentuk 3 Dimensi
Hasil pembelajaran : Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. mengenal dan menamakan bentuk 3 D
i. Kubus
ii. Kubaid
iii. Sfera
iv. Silinder
v. Kon
vi. Piramid
Langkah | Isi kandungan | Aktiviti pengajaran dan Pembelajaran | Catatan |
Set induksi | Mengenal bentuk 3 Dimensi | Mencantumkan gambar - Murid mencantumkan gambar yang terdapat di papan putih. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar yang telah dicantumkan. - Soalan guru : 1. Apakah yang kamu lihat didalam gambar itu? - Jawapan murid : 1. Gelas 2. Kotak 3. Bola 4. Topi harijadi | BBM Gambar |
Langkah 1 | Menamakan bentuk 3D | Menunjukkan bongkah-bongkah 3 Dimensi. - Guru meminta murid menunjukkan bentuk bongkah yang menyerupai gambar yang telah dicantumkan tadi. - Contoh : bola – sfera, topi harijadi – kon, kotak – kuboid, gelas – silinder. | BBM Set bentuk 3D |
Langkah 2 | Menamakan bentuk 3D ( Aktiviti kumpulan ) | Murid diminta membentuk kumpulan ( empat orang ) - Guru mengedarkan bentuk 3D satu persatu kepada setiap kumpulan sambil menperkenalkannya. - Murid diminta memegang dan memerhati setiap satunya. - Guru melekatkan kad imbasan nama bentuk 3D tersebut pada papan putih. - Murid diminta menyebut dan mengeja dengan betul. | BBM Set bentuk 3D Kad imbasan |
Langkah 3 | Menamakan bentuk 3D ( Latih Tubi ) | Aktiviti individu - Guru mengedarkan papan tulis dan pen marker kepada setiap murid. - Guru menunjukkan sebuah bentuk 3D, murid diminta menyebut dan menuliskan nama bentuk tersebut pada papan tulis. - Guru dan murid menyemak jawapan. | BBM Papan tulis Pen marker |
Penutup | Menamakan bentuk 3D ( Menyebut semula nama-nama bentuk 3D ) | Guru meminta murid mendengar lagu bongkah dan menyebut semula nama-nama 3D secara beramai-ramai. - Sfera - Kon - Silinder - Kubus - Kuboid - Piramid Guru memberikan lembaran kerja bagi murid membuat latihan dirumah. | BBM Set bentuk 3D Lembaran kerja |
Lembaran kerja
Nama :__________________ Tarikh :__________
Tahun :___________ Hari :___________
Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 3D
Bentuk 3 D | Lukiskan objek yang sama bentuknya. | |||
Kubus | ||||
Kuboid | ||||
Silinder | ||||
Kon | ||||
Piramid | ||||
Sfera |
Subscribe to:
Posts (Atom)